Wah panjang sungguh mukkaddimah saya,J,,,dah tersasar ni dari tujuan dan tajuk asal…saya begitu tertarik dengan penerangan seorang ustaz tentang kawan dan sahabat,begitu detail beliau mentakrifkan tentang sahabat dan kawan..katanya SAHABAT adalah seorang yang menjalinkan tali persahabatan dan ukhwah atas dasar persaudaraan sesama islam dan semata2 kerana allah, manakala KAWAN pula seseorang yang berkawan atas tujuan tertentu, atas tujuan untuk mengambil kesempatan ,atau atas tujuan untuk manfaat dirinya sahaja…mungkin ramai yang sudah tahu KAWAN itu bagaimana dan SAHABAT itu bagaimana,maka tidak perlulah saya menerangkan dengan panjang lebar disini…
Tetapi apa yang saya ingin perkatakan ialah adakah kita ini sebagai manusia yang lemah,yang duduk di bumi milik allah ini,menjadi SAHABAT yang terbaik atau KAWAN yang terbaik…adakah kita ini,saling nasihat menasihati sahabat kita,adakah kita ini lebih suka jika kawan kita ini sesat?adakah kita ini kawan yang penuh dengan kepura-puraan?depan Nampak baik tapi belakang kutuk bagai nak rak?adakah kita ini sahabat yang selalu mendoakan kebaikan sahabat yang lain?
Tanya pada diri ”ADAKAH SAYA ATAU ANDA,ANDA,ANDA TERGOLONG DALAM KATEGORI SAHABAT ATAU KAWAN?”
Jika anda dalam kategori sahabat,alangkah beruntungnya saya menjadi sahabat anda,beruntung nya saya mendapat nasihat yang berguna dari anda,anda…maka kesimpulannya berusahalah untuk menjadi sahabat yang baik,sahabat yang bersahabat kerana allah,sahabat yang sama2 erat berpegang kepada tali persaudaraan ,contohilah bagaimana sahabat2 dizaman RASULLULLAH SALLAHALAIHIWASALAM..itulah yang dinamakan SAHABAT.
MAAFKAN sahabat saya atau sahabat anda sebelum tidur,supaya nanti hati saya,hati anda,anda,anda tenang…saya tidak mahu dilabel sebagai orang yang pandai nasihat dan pandai bercakap tetapi diri sendiri tidak betul…JADI N3 INILAH ADALAH UNTUK INGATAN DAN MUHASABAH KEPADA DIRI SAYA SENDIRI.